Apr 12, 2015

Ke Korea Kita 2015 : Itinerari


Salam, kembali lagi dengan post mengenai plan trip kitaorg ke Korea pada Mei ni. Oleh sebab dah lama tak berblogging idea pun entah ke mana-mana, tangan pun dah jadi manja malas nak menaip hehe.

 Itinerari ni dah banyak version dah 10 pun ada kot. Jenuh juga menggodeknya. Siap stress bagai hehe. Kalau tengok sekali harung macam ambitious kan. Tapi yala bukan selalu dapat jalan-jalan + banyak kot duit keluar, so kena manfaatkan masa yang ada untuk jelajah as many place as possible. Dan jangan pelik tengok bajet makan kitaorg sampai 600 ya. Semua yang pergi memang food lovers, jadi semua tak kisah keluarkan duit lebih hehe.

Di antara recommended item yang mesti pergi ialah:


  • Oryukdo Skywalk
  • Jagalchi Market
  • Nanta Show
  • Gangchon Rail Bike
  • Zipwire Nami Island
  • Everland
  • Han River Cruise
  • Toms's Cat Cafe, Hongdae

Semua ada dalam itinerari di atas. Dalam itinerari ni juga saya letak semua perbelanjaan (yang dah beli, yang belum beli) supaya senang nak rujuk. Kalau ada yang nak itinerari di atas, no worry tinggalkan emel di ruangan komen dan saya akan emelkan =)

Next saya akan sharekan tempat makan yang kitaorg cadang nak pergi

p/s: dok blogwalking all this while susah nak jumpa yang boleh share itinerari masing-masing



Ke Korea Kita 2015 : Day 1 - The Journey Begins

Itinerari Hari Pertama

Untuk hari pertama, kami akan bertolak dari Kota Kinabalu International Airport Terminal 1 (KKIA T1) ke KLIA2. Seterusnya akan terbang ke Noi Bai International Airport pada pukul 7.10PM dan transit di Hanoi selama 3 Jam 35 minit (aigoo satu hari kerja ukur airport ja).

Noi Bai International Airport, Hanoi, Vietnam


What (Apa):

Itinerari Hari Pertama

When (Bila):

30 April 2015 (Khamis)

Where (Dimana):

KK – KL
KL - Hanoi

How (Bagaimana):

KK – KL : Malindo Air
KL - Hanoi : Vietnam Airlines

p/s: row paling last sepatutnya masuk kat itinerari the next day. Baru perasan silap hehe..hentam la labuuu


Apr 11, 2015

Ke Korea Kita 2015 : Penginapan

My 3rd post pasal pre journey Ke Korea Kita 2015. Kali ni nak cerita pasal penginapan pula. Penginapan saya booking guna Expedia dan Agoda.

What (Apa):

Penginapan


Where (Dimana):

Busan: Busan Suk Bak Dot Com Guest House
Peta ke Busan Suk Bak Dot Com Guest House
Pintu Depan

Alamat: 2,3F,408-3,Chorang-dong, Jung-gu / KTX Busan Station, Busan, South Korea
Guest House ni terletak berhampiran Busan Station. Oleh sebab hari kedua kitaorg dah nak bertolak ke Seoul menaiki KTX, jadi saya pilih tempat penginapan berhampiran station. Tengok peta memang dekat la

Seoul: Kyo’s House, Seoul Station
Economy Single Room with Shower

Alamat: South Korea, Seoul, 128-40 Junglim-Dong, Jung-Gu
Tempat penginapan di Seoul juga terletak berhampiran Seoul Station. Ada juga kawan yang dah pegi nasihatkan jangan ambil tempat penginapan berhampiran Seoul Sation sebab nanti pening nak cari line keretapi sebab banyak sangat, tp on the bright side bagi saya senang nak ke semua tempat sebab kira semua train akan lalu Seoul Station.
Sepanjang di Seoul selama 6 Malam macamtu, kitaorg akan stay kat sini ja sebab malas nak cari tempat lain dengan nak pindah-pindah barang lagi. Lagipun sangat tertarik dengan diskaun dan bilik single (tak payah risau dapat roommate yang kuat berdengkur) hehe.

Oh ya, semasa ke Jeju kitaorg sewa satu bilik untuk letak barang sahaja.

Jeju: The Forest Hostel & Guesthouse
4 Person Dormitory

Alamat: 1331-1, Ildo 1(il)-dong, Jeju-si, Jeju-do, South Korea
Terletak 10-15 minit dari Jeju International Airport, walking distance ke Noodle Street, E-mart, Coast road, Sea Wall, Yongduam Rocks dan berhadapan dengan Dongmun Tradtional Market & Jungang Underground Shopping center, yeppp tepat sekali memang strategik kedudukannya.

Why (Kenapa):

Busan: Busan Suk Bak Dot Com Guest House
Dekat dengan Busan Station
Seoul: Kyo’s House, Seoul Station
-Dekat dengan Seoul Station
-Diskaun 50%
-Bilik Single dengan Shower. Sharing toilet.

Jeju: The Forest Hostel & Guesthouse
-Strategic location

How (Bagaimana):

Much (per pax):
Busan (Busan Suk Bak Dot Com Guest House) : MYR 56.35
Seoul (Kyo’s House, Seoul Station) : 2-5 Mei(MYR 65.9), 5-6 Mei (MYR 66.08), 6-9 Mei (MYR 66.08)

Jeju (The Forest Hostel & Guesthouse) : MYR 66.23
JUMLAH = MYR 1621.64

average dalam MYR540.55/pax untuk 8 Malam.



 

Ke Korea Kita 2015 : Penerbangan

Salam n Hi, harini sudah 11 April bermakna dalam masa kurang 3 minggu kami akan berangkat ke Korea (..can’t hide my excitement). Untuk perjalanan kali ini, saya yang incharge buat itinerary (pelan perjalanan) dan urus semua pembelian tiket. 

Syukurlah semua benda boleh buat hujung jari saja, jadi taklah susah mana. Janji ongkosnya ada hehe

What (Apa):

Tiket Penerbangan
KK - KL - KK : Malindo Air
KL - Busan - Incheon - KL : Vietnam Airlines
Gimpo - Jeju - Gimpo : Jeju Air

When (Bila):

KK - KL - KK: Pergi (30 April 2015), Balik (10 Mei 2015)
KL - Busan - Incheon - KL : Pergi (1 April 2015), Balik (9 Mei 2015)
Gimpo - Jeju – Gimpo : Pergi (5 April 2015), Balik (6 Mei 2015)

Where (Dimana):

KK - KL - KK ( Malindo Air) : Kota Kinabalu International Airport Terminal 1 (KKIA T1) – KLIA2
KL - Busan - Incheon - KL (Vietnam Airlines) :
Pergi (KLIA - Noi Bai Int’l Airport, Hanoi – Gimhae Airport, Busan) * Kami akan transit selama 3 Jam 35 Minit di Hanoi *yippe extra cop dalam passport*
Balik (Incheon International Airport - Tan Son Nhat Int’l Airport, Ho Chi Minh - KLIA) * transit 1 jam 45 minit di Ho Chi Minh *another extra stop*
Gimpo - Jeju - Gimpo (Jeju Air) : (Gimpo International Airport – Jeju International Airport)

Who (Siapa):

Me and my 2 colleagues, Malindo Air, Vietnam Airlines, Jeju Air =)

Why (Kenapa):


Malindo Air :


ni tiket pertama yang kami beli around January 2015. Kononnya sebagai pembakar semangat untuk beli tiket-tiket lain yang lagi mahal. Untuk return tiket (KK-KL) lepas compare dengan AirAsia Malindo Air lebih murah pada tarikh yang kami nak jalan tu, MYR210/pax.


Ruang dalam kabin & Pramugari Malindo Air sumber:gayatravel.com.my

Maklumat Bagasi Malindo Air

Vietnam Airlines:


Ni beli lepas dapat bonus Januari. Ke’excited’an (vocab baru hehe) tak payah cakap. Asalnya berangan nak ambil flight AirAsia yang direct KK-Busan tapi mahal daaa. So teruskan dengan cadangan asal untuk gerak dr KL.

Dalam hujung Disember macamtu ada tiket murah sikit la multiple city KL-Busan-ICN-KL dalam MYR900 macamtu. Tapi bulan tua daaa jadi buat-buat tak Nampak saja tiket tu. Bila tangan gatal menggodek-godek Expedia dalam pertengahan Januari, tiba-tiba Nampak tiket multiple city yang same route pada harga MYR1176.23. Terus gelabah bagitau kawan-kawan hehe. Dan dan tu juga terus beli. Masa ni rasa terawang-awang pun ada, siap boleh masuk mimpi dah sampai Korea lagi (Dahsyat tul penangannya hehe). Rasa sebelah kaki dah sampai Korea.

Uniform terbaru kru Vietnam Airlines


Sebelum beli tiket ni ada juga godek-godek beberapa blog tentang pengalaman mereka naik Vietnam Airlines. Semua bagi review bagus. Then compared to AirAsia, Vietnam Airlines ni national carrier untuk Vietnam, so ala-ala naik MAS la hehe. Faedahnya Inflight meal, free baggage (20kg) n paling penting boleh jejak kaki ke Vietnam (Hanoi & Ho Chi Minh) walaupun duduk Airport saja.

Diantara pengalaman yang saya baca:

Oh ya, flight ni juga provide Muslim Meals ya, untuk request just call office Malaysia Vietnam Airlines. Nombor boleh dapat kat sini Vietnam Airlines Worldwide Office . Mula-mula call jenuh jugala, ada dalam 2-3 kali call tak berangkat, siap emel lagi, pun tak berbalas. Then saya inbox Official FB dia Vietnam Airlines Official Facebook pun dia suruh call number yang sama. At last dalam Mac baru dapat call. Just bagi confirmation number dan nama. Operatornya boleh cakap Melayu & English, no worry =)

Special Meal yang disediakan Vietnam Airlines


Jeju Air:


Ni flight paling last saya beli, bulan Januari juga. Masa beli bukan main lagi dugaan sebab kononnya Jeju Air buat sales besar-besaran. Sekali sampai down website dibuatnya sebab berpusu-pusu orang masuk. Tapi Alhamdulillah dapat juga beli pada harga MYR296.62. Ni kira harga tengah-tengah la. Tak murah sangat dan tak mahal sangat.
Ruang dalaman Jeju Air

How (Bagaimana):

Ok bagi Malindo Air dan Jeju Air beli online ja. Jeju Air jangan risau sebab website dia ada in English, jadi takda la susah sangat. Paling mudah beli tiket Vietnam Airlines, booked guna Expedia sahaja.

Total semua tiket penerbangan untuk 3 orang:
Malindo Air: MYR 603
Vietnam Airlines: MYR 3528.73
Jeju Air:  MYR 889.86 (KRW 252,300)
JUMLAH = MYR 5021.59

So average untuk sorang = MYR 1673.86


Kalu naik AirAsia masa promotion mungkin boleh jimat MYR300-MYR400. Tapi considering boleh lawat Vietnam + naik national carrier tak la ralat sangat hehe



 

Ke Korea Kita 2015 : Prolog

Assalamualaikum n Hi to each n everyone. Wow, lamanya tak ada post apa-apa di sini. Sejak bekerja almost 2 tahun ni rasa tak cukup tangan untuk menulis hehe. Well, let bygone be bygone, I’m back! Taknak cakap panjang-panjang, sila baca 5W1H kat bawah.

Laman web Visit Korea

What (Apa):

Backpacking ke Korea (rasa tak sesuai lagi panggil backpacking pasal bajet macam ikut tour ja hehe)

When (Bila):

30 April 2015 – 9 Mei 2015 (+- 9 Hari)

Where (Dimana):

Korea Selatan (Busan, Seoul, Jeju Island)

Laman web Visit Busan


Who (Siapa):

Saya and another 2 colleagues (noona). Yep, I’m d only boy =) asalnya ada sorg lagi, tapi dia tarik diri

Why (Kenapa):

Hmmh, memang lama sudah angan-angan nak ke Korea ni. Bermula sebagai breakfast chit chat dengan colleagues yang saya balik-balik ragui(hmmh, ni cadangan kosong ja ni, mesti tak pergi akhirnya). Tapi akhirnya, yep dreams do come true people!

Laman Web Jeju Tourism Organization


How (Bagaimana):

Much(Berapa) : Bajet-bajet dalam 4k seorang (Transportation, Accomodation, Foods, Ground Fare) + another 1k utk shopping (tutup mata ja la)

Lain-Lain:

1.       Mei adalah musim bunga di Korea Selatan
Hopefully perjalanan kami berjalan lancar yala sekarang kejap-kejap ja keluar cerita kapal terhempas sana sini kan. Mudah-mudahan selamat pergi dan selamat juga kembali hendaknya.


Aug 6, 2012

-This Brings Tears To My Eyes-

"Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts..."
 -ESPN Commentator-

Apr 2, 2011

Mar 4, 2011

...Sophia Ridza's Brother for Mentor 5?...

Came across this while surfing the net...Sophia Ridza's(ex-panelist represent Malaysia on Korean TV Show 'MISUDA')brother(Aiman Hakim Ridza Abdoh) is going to be one of the contestant for a singing reality show 'MENTOR 5' by TV3...
Mentor : Rahim Maarof
Full Name : Aiman Hakim Bin Ridza Abdoh
Commercial Name : Aiman
Age : 22



Feb 7, 2011

...Nyanyian Syahdu - Weeda Airiza...



got 2 happy news ..1st a friend(=noona)of mine just hv her novel published by ALAF21...happy 4 her...n guess what..surprisingly my name(nickname) is written inside the book(dedication part) ^^ thanks to her
p/s: a reason to make me SMILE the whole week.. ^^


Sinopsis
Kasih yang bertaut di antara Khazrul dan Shazrin di zaman remaja terlerai begitu sahaja apabila Khazrul nekad mengejar cita-citanya dalam bidang hiburan penuh glamor. Perwatakan Khazrul yang seakan bermain tarik tali meresahkan jiwa Shazrin.

Sementara itu, perkenalan tanpa sengaja dengan seorang wartawan kacak, telah mula mengelirukan makna cinta dan kasih di hati Shazrin. Di saat mahu belajar menerima hakikat bahawa cintanya perlu diberikan kepada yang lebih berhak, Khazrul datang merayu cintanya. Mampukah Khazrul berjuang mendapatkan cintanya semula dan sanggupkah Shazrin menduakan cinta barunya untuk lelaki itu dalam percintaan penuh egoistik ini?

p/s: don't forget to get copy of her book from nearest bookstore

Related Posts with Thumbnails